Hari ini Dalam Sejarah

31hb January 2010, bertempat di Dewan JKKK, Bayan Lepas, sejarah telah dirakamkan,dimana Mesyuarat Agong PAS Cawangan di rasmikan tanpa ucapan arahan atau peranan serta rancangan Parti!!!.
Wakil PAS Kawasan Yakob Yatim, katanya sebagai ketua penerangan PAS Kawasan ,merasmi Mesyuarat Agong dengan membaca 3 kitab sebagai memantapkan iman dan menjuruskan ikhlas dalam hati ahli yang kononnya dah berkurangan(macam Tuhan saja).

Habis saja dia baca kitab sebagai perasmian dan berangkat keluar dewan,maka mengeluh semua Ahli,(tak terkecuali seorang pun,macam baru lepas tahan nafas 15saat, bunyi hembusan nafas) 'apa dia ni tak greti bahasa ka,ni mesyuarat, bukan baca kitab! tak tau nak buat kerja dari arahan kitab pun galak nak baca kitab'. Ada yang kata,' bodoh terserlah la!,macam tu punya pemikiran Pemimpin Kawasan PAS, patut la lembab PAS!.

Bagi saya,sepanjang sejarah saya dalam PAS, belum pernah saya jumpa pemimpin mai baca 3 kitab, sampai lena sebahagian Ahli mesyuarat, bukan ilmu tu, baca pun tak betul,nampak bukan macam ustaz tapi baru nak start''kata salah seorang ahli.

Ini kali ke dua saya berkongsi Microfon dengan pimpinan PAS kawasan, sebelum ini di Surau Teluk Bahang,sama juga, masa tu YDP Kawasan berucap, peserta majlis tak peduli ucapan sebaliknya bersembang sampai berdengung Surau,bukan pasal apa,tapi mesej tak sampai ,ucapan entah apa apa.(macam ni boleh ketawa besar UMNO)

Selaku Ketua Cawangan PAS Bayan Lepas, saya memberi penerangan dalam ucapan pembukaan,(sebelum wakil Kawasan) bahawa PAS sedang memacu laju perjuangannya ke tempat yang belum pernah sampai atau tidak pernah terfikir sebelum ini, Pas telah sampai ke dalam Gereja bagi menyampaikan mesej perjuangan ISLAM parti ini,ledakan ini lebih besar impaknya daripada penubuhan Kelab Penyokong PAS yang sekarang telah naik taraf sebagai DEWAN.

Saya juga jelaskan,PAS Cawangan telah mengajukan cadangan melalui JKKK bagi menyediakan Halal Night Market(Pasar Malam daa!!)sebanyak 480 lot perniagaan bakal di sediakan kepada penduduk dengan harapan mereka tak jadi penonton dalam perkembangan ekonomi negeri ini.

Tabung bantuan kepada ahli juga telah di persetujui dalam mesyuarat AJK lepas, oleh itu usaha seperti Tabung Abu Bakar As-Sidiq yang pernah di usahakan oleh PAS Kawasan tahun 1992 dengan jayanya pada masa itu, sehingga membawa masuk setiap minggu ahli baru PAS.Usaha ini juga bertujuan menjaga kebajikan ahli yang memerlukan pertolongan.

Mungkin ini yang buat cemburu sangat ke Zolkifli Md Lazim, 'Sembang pun boleh jadi Kerja'

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.