PR vs MAIPP?



Pertembungan mungkin berlaku di pentadbiran MAIPP apabila jawatan Pengerusi PUZ yang di persetujui oleh parti parti politik PR diserahkan kepada YB Mansor Othman,tetapi ianya dipertahankan oleh YDP Us Elias Zakaria secara berpegang kepada amalannya sebelum ini.
Sembang di luar mengatakan,jika Yb Mansor pegang jawatan PUZ kutipan zakat akan berkurangan sebab dia tiada pengalaman, tidak seperti Us Elias Zakaria yang lebih sepuluh tahun dalam lembaga zakat PUZ. Kata sembang satu lagi kalau Us Elias dah sepuluh tahun dalam PUZ ,mestilah dia banyak tahu bagaimana duit PUZ di faraidkan oleh pemimpin dulu dulu,sebab itu UMNO bermati mati calonkan Us Elias Zakaria ke jawatan YDP MAIPP kalau kalau boleh minta cover line sikit,maklumlah dah sepuluh tahun bersama.

PUZ ,antara institusi yang memberi sumber kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.Sekitar RM38juta setahun kutipan zakat di terima dari Umat Islam Pulau Pinang.Institusi ini biasanya akan bertambah pendapatan kutipan zakat sekiranya negeri itu di menangi oleh PAS atau PR,biasanya peningkatan mencecah 50% ke atas contohnya Terengganu apabila PAS menang zakatnya naik sekali ganda.

Secara amalinya disini UMNO menggunakan sumber kewangan untuk politik mereka dan ada yang guna untuk peribadi juga,mereka akan membelanjakan melebihi RM300ribu bagi menampung lawatan mereka ke Timur Tengah untuk memberi RM300 kepada pelajar disana,Kontrak Syarikat Pelancongan yang menguruskan biasanya kroni atau yang sedia beri pulangan komisyen pada Boss dulu dulu,itu belum lagi kontrak kontrak lainnya. Pulau Pinang amalan dulunya, YDP dilantik dari EXCO Agama ,tetapi sekarang atas asakan UMNO di Kuala Lumpur yang menguasai JAKIM sebagai badan penasihat kepada perlantikan ini, telah berjaya membawa masuk orang bukan dikalangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang di menangi PR
Pakatan Rakyat akan mengalami jalan sukar di Masjid Masjid dan Institusi Agama sepeti PUZ,Baitulmal, pusatpengajian Islam kerajaan negeri dan seumpanya.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing