Kelantan kukuh




Setelah beberapa kali berhubung melalui telepon,Cg Muhamad Nuri b. Mat Yaccob(pengarah 2 MTD Salor) baru hari ini dapat berjumpa saya di Telok Bahang,Pulau Pinang.Hebat orangnya walaupun saiznya kecil pada saya tapi kelincahan buatkan UMNO gigit jari
Rombongan bus yang bawa jentera pilihanra Dewan Undangan Negeri(DUN)Salor, tiba di sini jam 3.30 pagi dengan turut serta Cikgu Mustafa Salleh(Setiausaha Kawasan Kubang Kerian)Hj Ibrahim Isa(Timbalan Pengarah MTD.1) Mohd Bukhari b Mamat(timbalan Pengarah 3),Zainab b Abdullah(Ketua Muslimat DUN),Hj Hassan Ibrahim(Setiausaha MTD).
Kehadiran tetamu istimewa pada hari ini ialah Ust Hafiz Musa(Setiausaha Pemuda PAS Negeri Kelantan)adik kepada Dato Paduka Husam Musa, beliau telah sudi memberi kuliah ringkas selepas dengan Magrib di surau Al-Masakin Telok Bahang.
Mereka di sambut Ketua Cawangan PAS sdr Johari ,Pengerusi JKKK Sdr Zul,Ketua Pemuda Cawangan Zaki,Ketua Muslimat Cawangan,Sdr Isa Setiausaha JKKK dan Muslimat serta seluruh AJK Cawangan,pihak PAS Kawasan tak kelihatan,mungkin bukit Balik Pulau tinggi memisahkan.
DUN Salor ini dulunya sebelum 1995 berada di tahap "DUN marginal" (50-50)dalam kedudukan potensi menang pilihanraya, tetapi telah naik tahap selepas tahun 1999 menjadi DUN standard B dalam kategori potensi menang pilihanraya.
Peningkatan prestasi DUN ini menunjukkan Kelantan terus meningkat kukuh kedudukan penguasaan PAS dalam menerajui kerajaan.

Harapan Mereka supaya Kelantan akan menjadi pendorong kemenangan dan peluasan kemenangan PAS,Pulau Pinang bila lagi nak kategori DUN atau nak letak DUN dalam "kotak guri"???

Comments

Anonymous said…
salam,awat gambaq tak klear

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.