PAS diGereja



Latter Rain Church,Island Glades,Penang, telah mengundang PAS berdailog dengan masyarakat Kristien dalam menangani isu panas yang di provokasi dan memahami hukum Islam berhubung dengan penggunaan kalimah ALLAH.


Yb Dr Mujahid Yusof Rawa telah mewakili PAS dan turut serta 2 timbalan Persuruhjaya PAS Negeri Hj Roshidi Hussaian dan Ust Takiyudin,Yb Sallih Man PJ tidak kelihatan.Majlis yang di hadiri penuh dalam gereja ini juga menjemput wakil Aliran,Yb Abd Malik PKR,dan DAP.


Dr Mujahid menjelaskan yang mana dalam keadaan perang sekalipun Islam tidak membenarkan, kanak kanak, wanita, orang tua di apa-apakan serta rumah rumah ibadat, apa lagi dalam keadaan sekarang,Islam adalah agama yang mementingkan harmoni rakyat dan negara,jelas beliau.


PAS tidak akan melakukan,dan pastinya bukan ahli PAS yang perjuangkan Agama Islam melakukan kerja kerja terlarang oleh agama Islam ini.


Pendirian PAS ialah mengutuk serangan keatas gereja atau mana mana rumah ibadat,sepertimana rumah ibadat lain PAS juga tidak mahu Masjid di ganggu oleh mana anasir dan PAS menyeru supaya kita berjuang membela kebenaran ini.


Penjelasan yang diberikan Dr Mujahid memberi kepuasan dan kelegaan kepada penganut kristien di Pulau Pinang dengan mereka memberi sambutan dan tepukan gemuruh.




Shabas Mujahid teruskan da'wah.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.