Muslimat bukan Muslimut


Klinik Saya dihubungi pagi tadi oleh seorang berjawatan dalam Muslimat PAS untuk bantu sebab doktor yang janji nak hadir tak hadir dalam program besar hari ini, jadi saya pun pergi sebelah petangnya bersama isteri untuk membantu melancarkan kegiatan pemeriksaan percuma,Hari ini saya dapat lihat ledakan atau lonjakan kegiatan di kalangan sayap PAS di Pulau Pinang,walaupun banyak kekurangan dan kepayahan tetap berusaha menonjolkan Parti ketengah masyarakat dengan harapan diterima umum.
Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh boleh dipuji atas usaha mempromosi parti,mereka menganjurkan hari sambutan 2 dekad Dewan Muslimat PAS Kawasan dengan diisi berbagai kegiatan, gerai jualan,acara silat,tarik tali, pertunjukan motor bersama juara cup prit,derma darah.PAS sebenarnya masih di tahap pemikiran yang dikongkong oleh egoistic perasaan, hanya PAS dengan PAS,kalau nak masuk PAS!,apa peduli orang ramai! kita kuat,kita Islam mesti dapat pertolongan Allah,kita mesti menang!.
Sikap yang mengonkong mereka lebih kreatif untuk berkolebrasi dengan badan luar atau masyarakat luar parti,inovasi mereka tersekat atas ego ini menyebabkan parti hanya berfikir dikalangan mereka untuk menarik orang ramai,apa boleh?

Bayangkan PAS tidak ada Dewan Muslimat bolehkah PAS mengerakan kegiatan yang lebih bersifat kewanitaan.

Bayangkan PAS tidak berkoleberasi dengan Dewan Pemuda ,apa boleh PAS mengenegahkan program bersifat belia dan kepemudaan.
atau Dewan Ulama PAS tak wujud, bolehkah kegiatan bersifat keugamaan, lebih kepada institusi ugama itu di kolebrasikan dalam menjana dan menarik lebih ramai kumpulan ini kepada PAS.

Sama saja dengan bukan Islam yang bertungkus lumus PAS sejak dari CCC ke Klab Penyokong PAS sekarang,apa akan jadi jika mereka ini tak dibawa berkerja,mesyuarat sama,bolehkah PAS berhubung dengan baik antara bukan Islam dengan parti.
Kalau PAS asyik ingat dia kuat sendiri,dengan kerajaan negeri tak mau buat kerja sekali, dengan peniaga ,dengan persatuan budaya,dengan persatuan sosial tak ada hubungan kerjasama!,mampu parti menerobos masuk kepada mereka mereka ini?
Dengan orang yang lebih cerdik lagi la,PAS takut kerjasama.
Tak tau !mungkin Penjawat parti takut nampak tak cerdik sebab orang lain lebih mengetahui banyak perkara.
Atau takut orang lebih menonjol sebab penjawat parti tak tau buat aktiviti.
Mungkin Penjawat parti nak faraid waris jawatan dia,takut orang lebih menonjol di tak terpilih

Apapun Muslimat PAS dah berusaha keluar dari selimut itu,Tahniah!





Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.