Tanda Kelahiran Pemimpin hebat


Kemelut Politik dan kepimpinan di Malaysia hari ini samada dalam kerajaan yang sedang hilang kepercayaan rakyat atau dalam parti parti politik yang bercakaran atas sebab yang sama, hilang kepercayaan kepada Ketua.

Ketua yang ada, lembab dalam bergerak atau tidak mampu membuat keputusan dalam menangani kemelut Ekonomi,Sosial dan kebajikan rakyat.


Kalau dalam PAS, ketua tak mampu memacu isu mau pun sokongan orang ramai untuk melonjakkan perjuangan.tidak mampu walaupun untuk turun padang(negeri) bertemu pengikut bagi menjelaskan perkara yang berbangkit.

Ini lah tanda tanda akan lahir seorang pemimpin yang hebat, ada masalah dia datang selesaikan masalah, itu namanya pemimpin.kalau dilihat dari sejarah lahirnya pemimpin agong sama saja seperti peristiwa Hajarul Aswad.

Selepas Kaabah dibaiki semula , berlaku perselisihan faham antara beberapa suku kaum(Parti) tentang siapakah yang sepatutnya meletakkan Hajarul Aswad (sekumpulan batu hitam) .Antara kaum itu ialah termasuk :
1-Bani(Parti) Addiy
2-Bani (Parti)Auf
3-Bani 9Parti)Abdu Darr
4-Bani(Parti) Makhzum.
Sebab mereka bertelingkah kerana nak nama dan milage politik bukan kerja kebajikan itu tapi kepentingan peribadi.

Sebagai jalan penyelesaiannya ,mereka bersepakat untuk memilih orang yang pertama memasuki kawasan Kaabah pada keesokkan harinya sebagai hakim(melalui pintu Babussalam?).
Dengan takdir ALLAH , Nabi Muhammad s.a.w adalah orang yang pertama memasukinya

Baginda dengan sifat adil , jujur digelar Al-Amin oleh orang Quraisy kerana kejujurannya (buat kerja kerana kerjanya tanpa kepentingan peribadi) dan bijaksana telah meletakkan Hajarul Aswad di atas serbannya . lalu baginda minta ketua-ketua kaum .bersama-sama membawa Hajarul Asawad dan meletakkan ke tempat asalnya iaitu dipenjuru sebelah timur Kaabah .
Kerja semudah itu boleh jadi alat penyelesai masalah??melahirkan pemimpin?
Fikir!!

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing