Israel, Arab, Melayu: Pembohong
Semalam saya berkesempatan sekali lagi hadir dalam forum bertema Melayu yang diadakan di Dewan Masyarakat Penyayang sebelah Rumah Gabenur di Padang Polo.Antara panel yang di undang terdiri dari Yb Dr Mujahid(Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang),Dato Seri Rizal Marican(Ketua Penerangan Pemuda UMNO),Sdr Jais(GPMS) dianjurkan oleh Ngo tempatan.
Dr Mujahid diberi penghormatan bagi mulakan gelanggan pusingan pertama,beliau mendifinasikan Melayu dari sudut sejarahnya,perundangan negara, bilangan jumlahnya sepanjang kajian pengkaji dan realitinya sikap Melayu sekarang yang faham Islam dan kurang faham Islam sekarang ini dan inilah menjadi perbahasanya sekarang,ujar beliau.Rumusanya Melayu ini Islam, dan dimuliakan dengan Islam.
Sdr Jais selaku Pengurusi GPMS yang baru mengantikan Rizal Marican pula menjelaskan GPMS ini sebelumnya banyak memperjuangkan pendidikan bangsa Melayu sejak dulu lagi,dan beliau bercadang di bawah kepimpinannya, beliau akan meluaskan perjuangan bukan sekadar pendidikan Melayu,terutamanya di Pulau Pinang,sebab dia juga orang Tanjung Tokong.
Dato Seri Rizal pula banyak menekankan komposisi Melayu di Pulau Pinang ini sejak Fracis Light lagi telah berada sekitar 42% berbanding Cina,India,Inggeris.Sehingga sekarang ini masih komposisi itu, jadi permasalahan dan penyelesaian Melayu Pulau Pinang ini bukan fenomena baru.
Pusingan kedua agak kecoh apabila Dr Mujahid diganggu hujahnya oleh Sdr Jais yang termakan isu polimik perkauman UMNO, sehingga seluruh dewan besing mengkritik Sdr Jais yang menzahirkan keUMNOan Melayu dia.Tetapi Mujahid tetap terus dengan pendiriannya bahawa PAS pertahankan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara dan menjadi Deklirasi Konvensyen Pakatan Rakyat pada 17 Disember 2009.dan Melayu mesti mengamalkan Islam yang total jika mahu berubah dan dimuliakan.
Sdr Jais terus dengan penegasan, sebagai GPMS yang beliau gelar Singa Melayu akan memastikan Melayu mendapat pembelaan sebenarnya,ketegasan Melayu Bersatu tanpa kira fahaman politik seperti mana persatuan Cina telah bersatu dari pelbagai parti politik Cina mempertahankan bahasa mereka pada krisis 2002 dulu,dan beliau meluahkan dengan jelas meragui pimpinan Pakatan Rakyat membela Melayu.
Rizal pula sama menegaskan dengan jelas bahawa beliau akan berusaha memperjuangkan Melayu di Pulau Pinang dan akan mengarahkan Pemuda UMNO Pulau Pinang menyokong dan mendokong perjuangan Dr Mujahid atas nama Melayu, dalam bertegas supaya Melayu bersatu tanpa kira.Beliau mengambil contoh Israil yang menguasai sebahagian besar dunia ini walaupun Arab ramai dikeliling,Israel mampu kerana Arab tak bersatu.
Melayu yang dibincangkan ni dah saya dengar meleleh tahi telinga,seingat saya,bahasa ini dah saya dengar sejak saya berumur 13 tahun, bila saya hadir mana mana konvensyen,persidangan yang buka topic Melayu,mesti berapi punya ceramah dan berkulum air liur para pemimpin Melayu berjanji dengan peserta, hendaklah bersatu!bersatu! dan ketepikan perbezaan fahaman.
Bahasa keramat bagi hipokrit Melayu yang memburu kedudukan.Mereka tunggang segala jenis persatuan untuk mengaburi pemikiran Melayu kebanyakkan ini supaya bersama mereka dan menjulang mereka sebagai pemimpin.
Mereka yang hipokrit ini akan mereka-reka pesaing Melayu ,iaitu Cina sebagai bahan menghantui dan menakutkan Melayu dalam agenda supaya orang Melayu bersama mereka yang memperalatkan bangsa Melayu untuk berdiri di belakang mereka ini.
Dalam sesi soalan, saya pertama sekali bangun kerana dah tak tahan melihat puluhan tahun pembohongan ini telah disengaja wujudkan.Saya tanya Ngo Melayu GPMS kalau dia perjuang Melayu tulin,dimana mereka semasa Sekolah Agama di halang peruntukan dan bantuan oleh kerajaan Melayu masa awal tahun 2000 dulu,Kenapa sekolah Agama kekal daif dan tidak berkembang melahirkan pelajar yang dikeluarkan berguna kepada pasaran semasa,mana perjuangan pelajaran Melayu?bukankah Institusi Pendidikan Islam semua diduduki Melayu?ramai anak Melayu Pulau Pinang yang cemerlang dalam pelajaran tak di beri tempat yang sewajarnya oleh kerajaan Melayu,dimana GPMS?
Kepada hujah Rizal saya jelaskan pengalaman saya di sempadan Israil,bukan Yahudi yang halang dan menyusahkan saya,sebaliknya Arab yang buat,sama dengan Melayu di Pulau Pinang,bukan Cina yang halang tapi pegawai pegawai Melayu yang menyerang, meroboh dan mematikan perniagaan Melayu,ada kontraktor Melayu yang bukan UMNO dan BN disenarai hitamkan dan nilai kontrak yang naikkan kerana kroni semua kontraktor tahu benda ini sebab amalan ini terang terangan.Pengalaman saya sebagai peniaga, saya ada Hospital,ada kilang makanan,bila saya hadir ke program besar Mara, Pengarah tak pernah tau wujudnya perniagaan ini,siapa MARA bukankah Melayu?
Rumusannya saya kata,kamu semua panel forum' pembohong '.
Comments