Makan Malam Bayan Lepas FC



























Pasukan bolasepak Bayan Lepas,menjadi wasilah baru penghubung perjuangan dan kempen dawaah kepada masyarakat umum,Alhamdulilah mereka semua dah nampak bersemangat untuk bersama arus kebangkitan Islam.



Semalam 2hb January 2010,jamuan makan malam dengan pemain dan Ajk PAS Cawangan serta JKKK Bayan Lepas diadakan di kedai Pak Saad pokok ceri Jalan Garuda,sungguh beselera dengan Tom Yam, Ikan Sweet Sour dan beberapa menu lagi mereka diraikan,kebetulan mereka baru selesai main Footsal Daerah Barat Daya,mereka mampu sampai suku akhir saja.

Saya dalam ucapan tahniah atas keputusan itu,menawarkan kepada mereka siapa yang akan bersaing dengan Frédéric Kanouté (Sevilla),kalau dia boleh tebus Masjid saya minta lawan dia dengan kita pula yang penuhkan Masjid pada setiap waktu. Kita Islam sejak lahir kalau tak boleh lawan Kanout yang Islam ketika umur 20tahun,mana dia prinsip dan kekuatan kita yang kita laungkan selama ini.



Satu lagi saya minta semua pemain Bayan Lepas FC ini bersaing dengan Sulley Ali Muntari (Pompey) yang menegakkan prinsip dengan menolak memakai baju tajaan syarikat judi.Kalau dia pertahankan prinsip secara tak langsung memperkenalkan Dawaah dengan menghina pekerjaan Judi,apa kita tak ada peluang berbuat semacam dia di Negara Malaysia yang di timpa hujan Judi.



Sebahagian mereka pemain Islam di Eropah menjadikan setiap tendangan yang menghasilkan gol untuk menebus Plastine dari Yahudi,disini mari kita lihat dimana kita yang mengaku Islam dari lahir.























Foto Franck Ribery dan Halil Altintop menunaikan umrah







Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.