Perniagaan? awas




Setiap minggu saya berulang alik ke Sunway Batu Caves dari Pulau Pinang,memantau DBMhospital di sana,setiap kali juga saya berpeluang melihat keindahan bendang padi dan ladang sawit, setiap kali juga saya melalui Bukit Merah Semangul, saya memandang jauh ke tepi tali air yang mengimbau kenangan lama saya berkunjung ke rumah Man Blues(Kamarulzaman),dia ni orang Banjar,mak dan bapa dia kalau bercakap saya hanya mampu tersenyum, kerana loghat Banjar mereka.
Satu hari kami bermotor seramai 10 buah pergi Pahang rumah kawan penang yang jadi peneroka di Jengka 21,masa balik ke penang sampai rumah Man di Bukit Merah ni malam dan,kami singgah dulu,esok pula sambung ke Penang, kami ada bawa keropok lekor dan beri pada mak Man, Mak dia pula bagi kami kain dan selimut sebagai persiapan tidur dan katanya, 'Gorengan'.Saya pun rehat sambil baring dan.......
Bila terjaga esok pagi, saya tanya Man mana keropok semalam yang Mak hang goreng?Bila,mana ada! kata Man,semalam dia kata 'gorengan',jelas saya.Man gelak sampai berguling sambil berkata 'gorengan' tu tidur bangang,Mak aku cakap Banjar.

Sedang saya memandang rumah lama dan melayan kenangan lama saya akan di ganggu oleh pandangan projek ternak ikan Kelisa sedang rancak di situ.
20 tahun dulu tanah sini di tanam dengan Mempelam selain padi, tapi sekarang dah lain,penuh dengan kolam yang di pagar zing.Maklumlah! industri ikan hiasan di negara ini berkembang pesat dan sebanyak 733 juta ekor ikan hiasan bernilai RM759 juta telah dikeluarkan pada tahun 2008.

"Ini merupakan peningkatan sebanyak 31.4 peratus dari segi pengeluaran dan 17.3 peratus dari segi nilai jika dibandingkan dengan 2007,

Dalam pada itu,ada berita surat kabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya mengesan ada pihak tertentu pergi ke Kota Bharu, Kelantan dan menjual konsep tersebut dengan mengaitkan Jabatan Perikanan sedangkan jabatan tersebut tidak terlibat.

Tapi saya ada dengar dari ramai kawan kawan akan di ajak masuk pelaburan Ikan Kelisa ini, ada dari KL sendiri,ada dari Pahang,ada di Pulau Pinang

Sekitar tahun 90an saya ingat lagi pelaburan Burung Unta di Australia, semua pelabur dah jadi Unta sebab duit mereka jadi tahi Unta.Satu lagi pelaburan pokok Jati di Kelantan, semua pelabur jadi tunggul arang kayu jati.

Awas!!!

Kawan saya Man Blues ni sekarang ada di sempadan, Betong,Grik jadi Inspektor kesihatan,jaga sempadan terutama import mayat, kalau sesiapa minat boleh jumpa dia buat bussiness mayat.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing